Persahabatan itu memang mudah untuk diluahkan dengan kata-kata. "Kita kawan sampai bila-bila ye.", "Kita BFF kan", "Saya berjanji akan jadi kawan awak selama-lamanya".. Ayat-ayat yang memang biasa didengari oleh telinga kita. Namun, adakah ayat ini begitu bermakna di hati orang yang melafazkannya? Atau sekadar melafazkan di mulut sahaja?
Untuk punya insan duduk di sekekliling kita ketika senang, petik jari je. Sepuluh pasti ikut.. Tapi, ketika kita susah? Siapakah yang betul-betul akan bersama kita? Berapa ramaikah insan yang nampak luka di tangan kita dan benar2 prihatin dengan luka tersebut? Setelah berfikir-fikir balik, jawapannya pasti satu, dua orang atau ZERO! Bukanlah ingin mengatakan sahabt sejati itu adlah orang yang cuci luka di tangan, tetapi ibaratnya begitulah.. Sekurang-kurangnya, bertanya khabar tentang kita..
Kalau derita zahir pun tidak diendahkan, apatah lagi derita batin yang tak terluah.. Hanya tuhan sahaja yang tahu.. Oleh itu, berhati-hatilah dalam mencari sahabat.. Kawan memang ramai.. Berkawanlah dengan semua orang. Itu memang murni.. Tetapi, bersahabat.... Pastikan yang benar-benar memahami diri kita, atau setidak-tidaknya dapat membantu kita bukan merosakkan kita....
-peace love empathy-