Syukur kepada Allah kerana aku telah dipertemukan semula dengan sahabat lamaku yang amat dirindui. Bukan bertemu muka tetapi bertemu di alam maya. Tak sangka beliau yang dulunya lemah lembut sekarang merupakan salah seorang pejuang agama yang tegar. Berkat petunjuk daripada Allah, aku telah mendapat banyak keinsafan dan ilham dari blog beliau untuk aku mengaktifkan blog aku. Insyaallah, akan aku jadikan beliau sebagai rujukan dan pendorong untuk menjadikan blog aku sebagai tempat untuk berdakwah.
Salah satu perkara yang mengagumkan aku ialah beliau banyak mengaitkan pelajaran sains dengan kehidupan dan juga kebenaran islam. Ia banyak membuka mata aku dan menyedarkan aku betapa banyaknya ilmu yang belum aku dalami.
Oleh itu, aku harap sahabat2 aku akan menyokong aku dalam aktiviti dakwah ini.
No comments:
Post a Comment