ILMU YANG DIPEROLEH AKAN HILANG JIKA TIDAK DIAMALKAN...

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan menjelma lagi

August 01, 2011/1 Ramadhan 1432 H


1 Ramadhan menjelma lagi. Alhamdulillah, ramadhan kali ni rasa lebih tenang. Mungkin kerana aku telah berazam untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh semangat dan tekun. Mana tidaknya, melihat kepada tragedi2 yang berlaku di hadapan mata sentiasa mengingatkan aku bahawa hidup ini tidak lama dan balasan Allah terhadap dosa2 kita juga tak tahu bila dan bagaimana. Dosa-dosa yang lepas pun kita tak tahu dah terampun belum. Jadi, janganlah berbuat dosa lagi.

Menyentuh mengenai tragedi, pagi ini dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar adik ke sekolah, aku terlihat suatu kemalangan yang berlaku diantara kereta dan motor. Bunyi berdentum yang kuat telah menarik perhatian aku untuk melihat kejadian tersebut. Alangkah sebak di dada apabila melihat kemalangan di pagi ramadhan yang melibatkan umat islam. Semoga Allah melindungi aku daripada kemalangan yang melibatkan manusia. Dulu, pernah sekali aku terlanggar motorsikal dan lelaki tersebut terpelanting. Masyaallah, mujur takde ape2 yang berlaku pada lelaki tersebut. takut jugak ak dibuatnya... Tapi, kalau diizinkan Allah, aku nak jumpa balik dengan lelaki tu utk minta maaf dan membayar gantirugi.... Moga Allah perkenankan...
salam...

No comments:

Post a Comment